Saturday, May 26, 2012

Cakap atau Mengumpat?

Mengumpat atau dalam bahasa arab dipanggil Ghibah ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud:
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Sabda Rasulullah S.A.W:
"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah,
"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Hukum Mengumpat atau Ghaibah;

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Kesan pada orang yang diumpat;

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Menurut  Imam  Al-Ghazali  banyak  sebab  mendorong  seseorang itu  suka mengumpat antaranya:

Menghilangkan kemarahan,
  • Apabila seseorang itu marah pada seseorang, maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu. Lebih teruk jika dicampurkan dengan hasat dan dengki.

Menjaga hati kawan yang mengumpat.
  • Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat  orang lain, orang yang mendengar itu turut serta menambahkan cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.

Melepaskan diri apabila  sesuatu  kepincangan dalam masyarakat.
  • Lantas dia mengumpat  dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kemungkaran itu.

Menunjukkan kebaikan diri sendiri,
  • Yang ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.

Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH,
  • Dia berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain. Kadang-kadang dia mendakwa, dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.

Menghina orang.
  • Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.

Tujuan  bergurau,
  • Bagi  membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar.

Di dalam Islam terdapat 6 perkara yang dibenarkan bagi seseorang mengumpat..

Pertama,
  •  Mengadukan kezhaliman (At-Tazallum),Iaitu kerana dizalimi atau untuk mencari keadilan.
  • Contohnya, mengatakan kepada Qadi bahawa Si Fulan bin Si Fulan menzalimi diri saya. Atau, mengatakan kepada Sultan bahawa seorang Qadi telah menzalimi diri saya.

Kedua,
  •  Permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb).
  • Menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran

Ketiga,
  • Permintaan fatwa (al istiftâ`). Mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini.
  • Seperti apa yang diriwayatkan daripada perempuan yang bernama Hindun. Maka, mengadu ia akan hal suaminya, Aba Sufyan kepada Nabi S.A.W. Ertinya, “Bahawasanya Aba Sufyan laki-laki kikir (kedekut). Padahal ia tiada memberi akan daku dan akan anak ku makanan dan pakaian yang memadai akan daku.
  • Dan, adakah harus (boleh) aku mengambil akan makanan atau pakaian itu dengan tiada ia mengetahui akan yang demikian itu?
  • Maka, sabda Nabi S.A.W, “Ambil olehmu akan makanan dan pakaian itu yang memadai akan dikau dan akan anakmu dengan yang Ma’ruf (Kebaikan), dan jikalau tiada ia mengetahui akan yang demikian itu sekalipun.”

Keempat, 
  • Iaitu mengingatkan orang Islam akan kejahatan. Ertinya, harus mengkhabarkan kejahatan orang kerana menakuti akan orang Muslim daripada kejahatan orang itu.
  • Contohnya, jikalau bertanya seseorang akan dikau akan hal orang yang dijadikannya akan saksi itu, jikalau engkau ketahui akan orang itu jahat. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan orang itu. 
  • Jika orang yang berkehendak beristeri. Maka bertanya ia akan dikau akan perempuan yang hendak diperbuatnya isteri itu. Padahal, ia jahat perbuatannya. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan perempuan itu.

Kelima,
  • Seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya.
  • Seperti memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya.
  • Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini

Keenam,
  • Panggilan nama atau gelaran(at-ta’rîf). 
  • Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A’masy (Si Mata Rabun) atau al-A’raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A’maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain.
  • Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari digunakan.
  • Kata Hasan Al-Basriyy Rahimahullahu Taala, Ertinya, “Tiga orang haram atas orang yang mengumpat bagi mereka itu. (Pertama) Orang yang bidaah.(Dan kedua) Orang yang Fasiq yang menzahirkan ia akan maksiatnya itu sekira-kira jikalau dikata oleh orang akan kejahatannya itu, nescaya tiada ia benci akan yang demikian itu. (Dan Ketiga) Raja-raja yang zalim. Maka tiada haram atas seseorang menyebutkan akan pekerjaannya yang zalim itu.”

Pesanan Rasulullah S.A.W “Jangan marah”

Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”

Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF dan bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.
Menurut Imam Al-Ghazali, Punca-Punca menyebabkan sifat marah,
  •  Rasa bangga diri (sombong).
  • Takjub kepada peribadi sendiri.
  • Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas.
  • Suka bercakap perkara sia-sia.
  • Suka membuat fitnah.
  • Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara.
  • Khianat.
  • Tamak kepada harta dan pangkat.
  • Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi

Menurut Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, kesan-kesan marah pada diri,
  • Mudah terkena jangkitan virus.
  • Tulang menjadi lebih rapuh terutamanya golongan wanita.
  • Mematikan syahwat.
  • Merangsang tabiat buruk.
  • Wajah cepat jadi hodoh dan tidak menarik.
  • Geng syaitan.
  • Pintu rezeki tertutup.
  • Hati sentiasa kotor.
  • Hidayah Tuhan tak turun.
  • Solat tak khusyuk.
  • Mudah hancur rumah tangga.
  • Kasih sayang makin pudar.
  • Emosi anak-anak terganggu.
  • Persahabatan mudah tergugat.

Cara menghilang rasa marah,
Ubah Posisi Kedudukan Anda
  • Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

Berwuduk
  • Rasulullah SAW bersabda; "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)
Meminum air
  • Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
 Berdiam diri
  • Bak kata orang, diam itu lebih baik. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
Menyampaikan kemarahan secara positif
  • Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam
  • Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.
Keluar dari rumah
  • Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah itu dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.

Rasulullah S.A.W hanya...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)

Keberkatan kalimah Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim, yang membawa maksud Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang’.

Arahan Allah S.W.T dalam wahyu yang pertama diturunkan,
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.” (Surah Al-Alaq ayat 1)

Bahkan hadis ada menyebut, 
"Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim maka terputuslah berkatNya ".

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

Jika terlupa membaca Bismillah, jadi bacalah;
"Bismillahi awwaluhu wa akhiruh" (dengan nama Allah pada mula dan akhir)

Hukumnya,
·         Wajid - Ketika membaca surah dalam Al-Quran seperti surah al fatihah.
·         Sunat - Ketika kita hendak makan atau minum.
·         Makruh - Ketika hendak makan makanan yang berbau busuk seperti jering.
·         Harus - Ketika tak ada buat apa-apa seperti baring atau sedang menunggu orang.
·         Haram - Ketika hendak membuat perkara haram seperti mencuri atau membeli nombor ekor.

Kelebihan-kelebihan membaca Bismillahirrahmanirrahim
  • Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
  • Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.
  • Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.
  • Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.
  • Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
  • Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
  • Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.
  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
  • Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
  • Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
  • Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti : ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.
  • Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
  • Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
  • Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
  • Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

Kisah dalam amalan membaca bismillah...

Alkisah,
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah sekejap-sekejap Bismillah.”
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Dengan membaca Bismillah, syaitan berkata..

‘Bismillah’ juga ampuh berdepan dengan kekuatan iblis dan syaitan. Kalimah itu bukan saja dapat menakutkan iblis dan syaitan, bahkan mengecilkan pengaruh, kekuatan, sekali gus mengecilkan ganggu mereka kepada umat Nabi Muhamad SAW.
Dikisahkan lagi bahawa syaitan gemuk bertemu dengan syaitan kurus. Si gemuk bertanya: “Apa yang menyebabkan kamu kurus? Syaitan kurus menjawab: Aku tinggal di rumah orang yang apabila memasuki rumahnya ia mengucapkan ‘Bismillah,’ dan apabila makan ia mengucapkan ‘Bismillah.’ Oleh kerana ucapannya itu aku menjadi kurus seperti ini.”
Syaitan gemuk berkata lagi: “Aku pula tinggal di rumah orang yang tidak mengerti apa-apa lalu aku menyertainya pada makanannya pakaiannya dan pergaulannya. Akhirnya kunaiki tengkuknya seperti kenderaan saja layaknya.”

Tip-tip memulakan peniagaan

tip-tip orang yang sudah pandai meniaga;

Ø  Modal
·         Mulakan sekarang (jika orang itu minat berniaga) dan mulakan dengan modal dalam simpanan.

Ø  Idea baru
·         Setiap hari, kita kena ada idea yang baru untuk meningkatkan peniagaan dia.

Ø  Tolong menolong
·         Dalam peniagaan, kita selalu bersaing. Jadi di situ kita kena ada tolong menolong sesama kita
·         Contoh kedai makan, kalau makanan yang diminta oleh pelangan tak ada dalam menu kita. Tapi ada dalam menu kedai sebelah. Jadi di situlah kita kena ada sikap tolong menolong.

Ø  Kaji
·         Sebelum kita memula, sebaik-baiknya kita mengkaji apa yang hendak dilakukan. Dari segi kewangan, pertadbiran, dan macam-macam lagi.

Hiduplah diri kita dengan membaca

Assalamualaikum,




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, syukur alhamdulillah kerana ilham yang dikurniakan pada saya yang ingin berkarya sejak dulu hingga kini.
Dulu dalam diri saya selalu ada perkataan malas. Dalam masa yang sama, saya tak ramai kawan yang menyokong saya dalam bidang penulisan. Konsep penulisan pun tak ada, tak tahu macam mana. Dengan perasaan malas setebal buku, saya menulis dan dapat menghasilkan beberapa sajak melalui penglihatan.
“Allah ta’ala telah mewahyukan kepada nabi Isa Ibnu Maryam: wahai Isa: Nasehatilah dirimu dengan hikmahkku (ilmuku), jika engaku berhasil memetik manfaatnya maka berilah kepada orang lain kalau tidak maka hendaklah engaku merasa malu dari padaku” (HR.Addailami dari Abu Musa).
Dalam merantau, kita selalu ditemukan dengan orang yang kita sendiri tak tahu peribadi dan latar belakangnya. Dari dulu hingga kini, Saya ditemukan dengan orang suka bersosial, dalam bidang berniaga sendiri dari peniagaan kecil hingga besar. Saya tak tahu kenapa?
“Tuntutlah ilmu itu walaupun di negeri Cina, maka sesungguhnya menutut ilmu itu wajib atas setiap orang islam.” (HR. Ibnu Abdul Barr).
Dalam perbualan, banyak tip-tip yang saya dapat dalam membina satu kerjaya sambilan. Terus terang saya cakap saya tak pandai bila sebut bab teknologi, contoh membuat blogspot ini. Dari kawan-kawan, saya mula tahu tentang blogspot yang boleh membuat apa-apa saja termasuk berkarya. Semangat berkarya datang menyapa diri. Dari situlah,  saya mula mengkaji. Apa-apa saja yang terlintas dikotak fikiran.
Dalam kajian, saya mula mengkaji tentang agama, agama Islam. Saya mula dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhamad S.A.W melalui malaikat Jibrial.
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.” (Surah Al-Alaq ayat 1)