Saturday, May 26, 2012

Pesanan Rasulullah S.A.W “Jangan marah”

Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”

Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF dan bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.
Menurut Imam Al-Ghazali, Punca-Punca menyebabkan sifat marah,
  •  Rasa bangga diri (sombong).
  • Takjub kepada peribadi sendiri.
  • Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas.
  • Suka bercakap perkara sia-sia.
  • Suka membuat fitnah.
  • Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara.
  • Khianat.
  • Tamak kepada harta dan pangkat.
  • Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi

Menurut Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, kesan-kesan marah pada diri,
  • Mudah terkena jangkitan virus.
  • Tulang menjadi lebih rapuh terutamanya golongan wanita.
  • Mematikan syahwat.
  • Merangsang tabiat buruk.
  • Wajah cepat jadi hodoh dan tidak menarik.
  • Geng syaitan.
  • Pintu rezeki tertutup.
  • Hati sentiasa kotor.
  • Hidayah Tuhan tak turun.
  • Solat tak khusyuk.
  • Mudah hancur rumah tangga.
  • Kasih sayang makin pudar.
  • Emosi anak-anak terganggu.
  • Persahabatan mudah tergugat.

Cara menghilang rasa marah,
Ubah Posisi Kedudukan Anda
  • Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

Berwuduk
  • Rasulullah SAW bersabda; "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)
Meminum air
  • Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
 Berdiam diri
  • Bak kata orang, diam itu lebih baik. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
Menyampaikan kemarahan secara positif
  • Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam
  • Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.
Keluar dari rumah
  • Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah itu dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.

Rasulullah S.A.W hanya...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)

2 comments:

  1. marah selain merugikan diri sendiri juga bisa membahayakan kesehatan..
    http://www.gocantiksehatalami.com/2015/06/hindari-marah-jika-tak-ingin-terkena.html

    ReplyDelete