Assalamualaikum,
![]() |
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, syukur alhamdulillah kerana ilham yang dikurniakan pada saya yang ingin berkarya sejak dulu hingga kini.
Dulu dalam diri saya selalu ada perkataan malas. Dalam masa yang sama, saya tak ramai kawan yang menyokong saya dalam bidang penulisan. Konsep penulisan pun tak ada, tak tahu macam mana. Dengan perasaan malas setebal buku, saya menulis dan dapat menghasilkan beberapa sajak melalui penglihatan.
“Allah ta’ala telah mewahyukan kepada nabi Isa Ibnu Maryam: wahai Isa: Nasehatilah dirimu dengan hikmahkku (ilmuku), jika engaku berhasil memetik manfaatnya maka berilah kepada orang lain kalau tidak maka hendaklah engaku merasa malu dari padaku” (HR.Addailami dari Abu Musa).
Dalam merantau, kita selalu ditemukan dengan orang yang kita sendiri tak tahu peribadi dan latar belakangnya. Dari dulu hingga kini, Saya ditemukan dengan orang suka bersosial, dalam bidang berniaga sendiri dari peniagaan kecil hingga besar. Saya tak tahu kenapa?

Dalam perbualan, banyak tip-tip yang saya dapat dalam membina satu kerjaya sambilan. Terus terang saya cakap saya tak pandai bila sebut bab teknologi, contoh membuat blogspot ini. Dari kawan-kawan, saya mula tahu tentang blogspot yang boleh membuat apa-apa saja termasuk berkarya. Semangat berkarya datang menyapa diri. Dari situlah, saya mula mengkaji. Apa-apa saja yang terlintas dikotak fikiran.
Dalam kajian, saya mula mengkaji tentang agama, agama Islam. Saya mula dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhamad S.A.W melalui malaikat Jibrial.
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.” (Surah Al-Alaq ayat 1)
No comments:
Post a Comment